Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Mahabbah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan Ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka

20 Ogos 2019. Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menerima kunjungan Lawatan Mahabbah dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP). Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Zuraidah Binti Ayob Timbalan Pengarah 1 JAPENS WP diraikan di Bilik Mesyuarat Saidina Omar.

Antara tujuan lawatan yang julung kalinya ini adalah untuk perkongsian maklumat tentang pembangunan program inovasi, pelaksanaan EKSA jabatan dan pengurusan kelab. Majlis yang berlangsung selama lebih dari 3 jam tersebut berjalan dengan penuh mesra dan semangat persaudaraan. Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Tuan Haji Mohd Nadzri bin Abdul Rahman berbesar hati dengan kunjungan tersebut dan dalam kata aluannya, turut menyumbang idea inovasi kepada tetamu.

Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Pendaftar, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz bagi memberi gambaran sebenar tentang inovasi, pelaksanaan EKSA dan pelaksanaan ISO Patuh Syariah yang telah mengangkat imej MSNM. Puan Zuraidah Binti Ayob mengucapkan terima kasih dalam ucapan balas beliau dan berharap perkongsian seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang. Dalam agenda terakhir, delegasi JAPENS WP mengabadikan potret beramai-ramai dan dibawa mengunjungi galeri MSNM sebelum meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan.

 

pendakwaan1  pendakwaan10  pendakwaan2 

pendakwaan3  pendakwaan4  pendakwaan7

pendakwaan9  pendakwaan5  

 

FaLang translation system by Faboba