Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Pelancaran Program Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir, Penolong Pegawai Syariah (Unit Rekod) kemudian bacaan doa oleh Encik Abdul Karim Bin Ibrahim, Pembantu Syariah (Unit Rekod). Seterusnya ucapan penghargaan oleh YAA Ketua Hakim Syarie MSNM yang antara lain merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas usaha murni jawatankuasa pelaksana yang berusaha melaksanakan program pelupusan ayat-ayat suci al-Quran.

Selesai ucapan tersebut,majlis pelancaran dimulakan di mana YAA Ketua Hakim Syarie MSNM memotong riben dan menandatangani plak yang telah disediakan. Selepas itu,wakil setiap kumpulan daripada jawatankuasa pelupusan ayat-ayat suci al-Quran MSNM iaitu kumpulan pengumpulan, pengasingan dan pelupusan memberi penerangan ringkas kepada Ketua Hakim Syarie MSNM dan semua yang hadir berkaitan tugasan dan tindakan kumpulan masing-masing serta hasil gerak kerja yang telah dikumpul sejak dari operasi dilaksanakan iaitu mulai bulan Februari 2019.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengerusi majlis dan sesi penggambaran. Semoga program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak. Diantara intipati ucapan YAA Ketua Hakim Syarie yang sangat menarik untuk dijadikan panduan adalah "...meskipun usaha ini nampak kecil tapi keperluannya sangat bermanfaat kerana melibatkan usaha untuk menjaga kesucian ayat-ayat suci Al-Qur'an". kata-kata ini memberi semangat dan perangsang kepada jawatankuasa untuk terus melaksanakan program ini.

Pelancaran Program Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Pelancaran Program Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran ProgramPelupusanAlquran 3
Pelancaran Program Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran ProgramPelupusanAlquran 5 Pelancaran Program Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi

Kunjung Hormat Kepada Panglima Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dan Lawatan Ilmiah MSNM Ke Kem Terendak, Melaka

25 Januari 2019 | 19 Jamadil Awal 1440H (Jumaat) - Unit Sulh MSNM telah menganjurkan program lawatan dan kunjung hormat ke Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3Div), Kem Terendak, Sg Udang, Melaka. Program ini telah disertai seramai 25 orang yang terdiri daripada Ketua Hakim Syarie MSNM sendiri, YAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Pendaftar, pegawai-pegawai penyelidik, pegawai-pegawai sulh, pegawai-pegawai BSK, hakim-hakim Mahkamah Rendah dan Penolong Pendaftar MSNM.Ketibaan delegasi MSNM disambut baik oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan MK3 Div yang kebanyakkannya terdiri daripada anggota KAGAT. Program dimulakan dengan kunjung hormat Ketua Hakim Syarie MSNM bersama Panglima MK3 Div, Mejar Jeneral Dato' Mohammad bin Ab Rahman sementara pegawai-pegawai lain dibawa ke bilik bunga raya untuk sesi taklimat dan perbincangan.

        Sesi ini pula, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Mejar Zuhairy bin Ahmad Kusaini Pegawai KAGAT MK3 Div selaku Pengerusi Majlis dan kemudian ucapan selamat datang oleh Kolonel Marzuki bin Hj Mokhtar selaku Ketua Staff MK3 Div. Kemudian tayangan video korporat MK3 Div dan seterusnya taklimat pertama disampaikan oleh Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT), Lt kol Nadzri Musman yang bertajuk prosedur nikah dan pemberian nafkah di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Selesai taklimat itu, taklimat ringkas oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM yang menerangkan berkaitan perlaksanaan hakam di MSNM dan arahan amalan JKSM yang berkaitan dengan ATM. Kemudian diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan perbincangan antara pihak ATM dan MSNM. Sebaik selesai sesi tersebut, delegasi MSNM dijemput ke sesi fotografi dan jamuan makan tengahari enak yang disediakan oleh pihak MK3 Div. Penyampaian berbalas cenderamata selepas makan tengahari tersebut.

        Sekalung penghargaan kepada warga MK3 Div sepanjang program berjalan. Banyak input dan perkongsian yang diperolehi hasil lawatan ini terutama berkaitan perundangan Syariah yang melibatkan anggota ATM dan MSNM. Delegasi MSNM sangat berpuas hati dan mengalu-alukan kunjungan balas daripada MK3 Div ke MSNM.

Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat
Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat
Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat
Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat Kunjung Hormat Kagat

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin

FaLang translation system by Faboba