Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Case Management

PENGURUSAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

Proses utama pengurusan kes mal, jenayah atau faraid akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes berdasarkan bidang kuasa mahkamah.

Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan.  Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman / notis permohonan dan sebagainya.  Kemudian kes akan disebut pada hari yang telah ditetapkan.

Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.

Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Salinan perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang memohon.

Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati terhadap mana-mana keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.

CARTA ALIRAN KES MAL DAN KES JENAYAH

Carta Aliran Kes MAL Image
Carta Aliran Kes Jenayah Image

CARTA ALIRAN KES RAYUAN sila klik di sini

 

Unit Sulh

 

 1- DEFINISI SULH MENURUT PENGERTIAN BAHASA DAN SYARAK

Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti 'putus pertengkaran’ yang membawa maksud perdamaian manakala pengertian syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.

2- DEFINISI SULH MENURUT PENGERTIAN UNDANG-UNDANG

Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, dikendalikan oleh seorang Pegawai Sulh yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.

3- ASAS PERLAKSANAAN SULH

3.1 Al-Quran:

Terjemahan:-

“ Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik…”

[Ayat 128 Surah an-Nisa]

3.2 As-Sunnah:

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Perdamaian ( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali sulh untuk menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal”.

Hadis Riwayat riwayat Ibn Hibban.

3.3 Ijma’ Para Ulama pula bersepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan suami isteri.

3.4 Peruntukkan Undang-Undang:

3.4.1 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) Tahun 2002

3.4.2 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) 2004

3.4.3 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002

3.4.4 Manual Kerja Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Terbitan 2002

3.4.5 Arahan Amalan Mahkamah Syariah

4. TUNTUTAN & PERMOHONAN YANG BOLEH DIBUAT MELALUI PROSES SULH

Antara kes-kes tuntutan Mal atau permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Dan Mahkamah Tinggi Syariah yang boleh diselesaikan melalui Majlis Sulh merujuk pada Arahan Amalan No. 1 Tahun 2010 adalah:

009 – Tuntutan Gantirugi Pertunangan

016 – Tuntutan Muta’ah

017 – Tuntutan Harta Sepencarian

018 – Tuntutan Nafkah Isteri

019 – Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya

020 – Tuntutan Cagaran Nafkah

021 – Tuntutan Nafkah Eddah

022 – Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah

023 – Tuntutan Tunggakan Nafkah

024 – Tuntutan Nafkah Anak

025 – Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak

026 – Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak

028 – Tuntutan Hadhanah

049 – Tuntutan Gantirugi Perkahwinan

059 – Tuntutan Hak Tempat Tinggal

060 – Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula

062 – Tuntutan Isteri Kembali Taat

5. CARTA ALIRAN PROSES KERJA SULH

 

 

 

 

 

063 – Tuntutan Mas Kahwin

Legislation

OBJECTIVE :

Melaksanakan hal ehwal perundangan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang sedia ada dengan cekap dan efisien.

FUNCTION :

1. Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.
2. Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’ dan undang-undang bertulis.
3. Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan berkesan;
4. Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian Faraid;
5. Membangunkan Sumber Manusia yang terlatih dan mencukupi;
6. Menyelesaikan pertikaian secara Majlis Sulh berasaskan persetujuan tanpa sebarang paksaan melalui kaedah perundingan dan timbangtara.Melaksanakan e-syariah dan Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS).


MAIN ACTIVITY :

1. Mendaftarkan kes Mal, Jenayah dan Faraid ke dalam Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS)
2. Mendengar dan memutuskan kes Mal, Jenayah dan Faraid mengikut undang-undang yang sedia ada.
3. Memproses dan mengeluarkan perintah/keputusan mahkamah.
4. Menguruskan proses semakan dan rayuan kes.

FaLang translation system by Faboba