Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Muzakarah Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bil 2/2019


23-25 Ogos 2019 | 22-24 Zulhijjah 1440 H, Centre of Exellence For Ingineering & Technology (CREaTE) Alor Gajah telah menjadi lokasi Muzakarah MSNM kali kedua pada tahun ini. Seramai 15 orang peserta yang terdiri dari Hakim dan semua pegawai PnP terlibat dalam Muzakarah selama 3 hari.

Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Tuan Mohamad Nadzri bin Hj Abdul Rahman dalam ucapan aluannya telah mengucapkan terima kasih atas pengorbanan peserta yang telah mengorbankan waktu cuti bagi menghadiri Muzakarah tersebut.

Pada sesi kedua, taklimat diberikan oleh Pegawai Pusat Sumber Manusia Negeri Melaka Puan Hairudalilah binti Basmu. Muzakarah pada kali ini ditumpukan kepada perancangan kemajuan dan perkembangan MSNM bagi memenuhi ekspektasi pelanggan pada masa akan datang.

 Peserta dibahagikan dalam bentuk kumpulan bagi membincang dan membentuk draf perjawatan serta perundangan bagi mengisi matlamat Muzakarah kali ini. Kedudukan CREaTE di pinggir pekan Alor Gajah sedikit sebanyak membantu ketenangan para peserta bagi menghasilkan idea yang terbaik untuk MSNM

create1  create2  create3

create4  create5  create6

create7  create8  create9

 create10    

FaLang translation system by Faboba