Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Program Lawatan Ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)

6 September 2019|6 Muharran 1441H (Jumaat) - Sekretariat MS1900:2014 Patuh Syariah MSNM telah menganjurkan program lawatan ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH),UPM.Lawatan disertai seramai 15 orang yang diketuai olehYAA Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman,Ketua Hakim Syarie MSNM dan disertai juga oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii,Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim MSNM, Tuan Syukeri Najib Bin Ab Rahim,Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah MSNM,Puan Aisah Binti Saleh,Hakim Mahkamah Rendah Syariah (Daerah Jasin merangkap ketua sekretriat ISO9001:2015, Cik Puan Izzah Hanani Binti Suhaimi, Pegawai Sulh MSNM merangkap ketua sekretariat MS1900:2014, pegawai-pegawai, staf sokongan dan beberapa ahli sekretariat.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat oleh YBhg Prof.Madya Dr. Mohd Daud Awang,Ketua Unit Syariah Dan Fiqh daripada Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal,IPPH,UPM.Selain itu,turut dihadiri oleh Prof.Madya Dr.Rodziah Atan,Ketua Labatori Polisi dan Pengurusan Halal,IPPH,UPM dan YBhg. Dr. Hafis Yuswan Mohd Yusof, Pegawai Penyelidik Sains,Laboratari Perkhidmatan Halal, IPPH, UPM.

Diantara objektif lawatan adalah untuk menimba pengetahuan berkaitan penyelidikan halal dari aspek perundangan,pengurusan proses kerja dan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh institut. Selain itu bertujuan untuk memantapkan lagi sumber berkaitan dengan elemen patuh syariah yang ada kaitan dengan MS1900 : 2014.

Selain mengadakan perbincangan dan taklimat,rombongan MSNM juga telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan halal dan melihat sendiri bagaimana proses mengenalpastian sama ada sesuatu bahan itu mengandungi bahan-bahan yang diharamkan menurut Hukum Syarak. Pihak Institut juga amat mengalu-alukan kepada pegawai MSNM untuk melanjutkan pengajian di IPPH kerana mempunyai kesesuaian dari segi bidang pengajian dan kepakaran. Prospek ini sangat menarik bagi melahirkan pegawai syariah yang pakar dari segi pengurusan yang Patuh Syariah dan undang-undang Halal di Malaysia.

Program Lawatan Ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) Program Lawatan Ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)
Program Lawatan Ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) Program Lawatan Ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM)

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi

FaLang translation system by Faboba