Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Penandaarasan Pengurusan Kes Rayuan dan Sistem Court Recording Transcription (CRT) di Istana Kehakiman Putrajaya

6 September 2019|6 Muharran 1441H (Jumaat) - Sekretariat ISO 9001:2015 Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menganjurkan Lawatan Penandaarasan Pengurusan Kes Rayuan dan Sistem Court Recording Transcription (CRT) ke Istana Kehakiman Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSNM dan turut hadir adalah Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin,Pegawai Penyelidik Ketua Hakim MSNM,Tuan Syukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Puan Aisah Binti Saleh, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Cik Siti Aishah Binti Kamarudin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga, Puan Norazila Binti Mohamad Razali, Pegawai Teknologi Maklumat dan Cik Izzah Hanani Binti Suhaimi, Pegawai Sulh. Selain daripada itu, lawatan ini juga disertai oleh Pendaftar, Ketua Pembantu Tadbir dan Kaatib MSNM.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahbaik Sistem Pengurusan kes rayuan sedia ada di MSNM berteraskan ISO 9001:2015. Lawatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkenaan penggunaan sistem CRT yang digunakan dalam prosiding kes dalam Mahkamah Terbuka. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Yasmin binti Abdul Razak, Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Rayuan dan Puan K. B Elena Hong Tze Lan, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Hasil lawatan ini kami telah mendapat informasi berkenaan E-filing, Case Management System (CMS),E-Review dan CRT yang diaplikasi di seluruh Mahkamah Sivil. Lawatan ini telah memberi pelbagai maklumat dan manfaat untuk menambahbaik sistem pengurusan kes rayuan MSNM dan sebagai suatu justifikasi cadangan untuk pelaksanaan CRT di Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Sekalung penghargaan kepada Puan Yasmin binti Abdul Razak, Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Rayuan dan Puan K. B Elena Hong Tze Lan, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Tuan Muhammad Bukhori bin Md Ruslan, Penolong Kanan Pendaftar Unit Komunikasi Korporat, jurubahasa dan semua kakitangan Istana Kehakiman Putrajaya atas kesudian menerima lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat menjalin hubungan baik antara MSNM dan Istana Kehakiman dalam memberi nilai tambah dalam pengurusan kes sedia ada.

Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya
Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya Lawatan ke Istana Kehakiman Putrajaya

Disediakan Oleh: Aisah Binti Saleh

FaLang translation system by Faboba