Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak

26 September 2019|26 Muharran 1441H (Khamis) - Delegasi Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman melengkapkan lawatan hari pertama ke Kompleks Mahkamah Kuching dan SAINS. Pegawai Mahkamah menyambut delegasi dengan penuh keceriaan dan berhasil menerangkan sistem CRT dengan jayanya. Penerangan yang diberikan menarik perhatian YAA serta semua ahli delegasi yang lain. Sistem yang digunakan atas platform CMS meliputi CARE yang memberikan paparan maklumat penjadualan kes hingga ringkasan keputusan dalam dewan bicara sebaik sahaja melangkah masuk ke kompleks. Sistem Vorttex, Stenography hingga versi terkini AVorttex yang lebih memudahkan lagi perjalanan perbicaraan. Ini tidak termasuk sokongan EPS, E.nops dan lain lain sistem yang canggih dan mapan.

Lawatan dilanjutkan ke Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya. Taklimat oleh pasukan SAINS diketuai Puan Nadia Suhaili, Pengarah Sektor Pengurusan Khidmat Pelanggan. Delegasi dimaklumkan tentang pembangunan sistem terkini yang dicapai oleh SAINS dalam industri dan pemodenan sistem kehakiman. Selain kejayaan dalam membangunkan aplikasi ICT di Mahkamah Sarawak pihak SAINS juga sedang membina sistem I-Syariah untuk Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

YAA dalam ucapannya menzahirkan keterujaan beliau apabila melihat sendiri sistem yang terbukti digunapakai khususnya di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak Kanak yang disokong oleh pihak SAINS. Hasil dari lawatan ini diharapkan dapat membantu Negeri Melaka untuk melakanakan sistem seumpamanya di Mahkamah Syariah kelak.
Sekian.

Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak
Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak
Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak Lawatan Penanda Aras CRT ke Sarawak

Disediakan Oleh: Mohd Tarmizi Bin Jaafar

FaLang translation system by Faboba