Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Kepada YAA Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka

22 September 2020 | 4 Safar 1442H (Selasa) - Y.A.A. Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka yang diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Bin Hj. Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka. Pertemuan yang berlangsung di Kamar Ketua Hakim Syarie ini merupakan kunjung hormat yang pertama oleh delegasi Zakat Melaka sejak YAA Datuk menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Selain mengeratkan tali silaturrahim, kunjung hormat ini bertujuan memaklumkan kepada YAA Datuk perkembangan semasa berhubung isu-isu kutipan zakat khususnya aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan dalam melaksanakan fungsi organisasi Zakat Melaka. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan program dakwah zakat serta zakat pendapatan warga kerja Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pertemuan berakhir dengan sesi bertukar-tukar cenderamata dan sesi bergambar YAA Datuk bersama delegasi Zakat Melaka. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang erat antara Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka.

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka
Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka

 

 

 

FaLang translation system by Faboba