Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Lawatan Ketua Pendaftar Ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Melaka

20 November 2020 | 4 Rabiulakhir 1442H (Jumaat) - Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohammad Zulkhairi bin Aziz telah mengadakan lawatan ke MRS Jasin untuk mengenali pegawai dan kakitangan MRS Jasin dan Sungai Rambai dengan lebih dekat dan sebagai kunjungan kali kedua beliau selepas Audit Pemantauan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 pada Jun 2020. Tuan Ketua Pendaftar telah memberikan amanat agar semua mengutamakan fungsi utama Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, peguam dan stakeholder yang berkaitan. Tuan Ketua Pendaftar juga memberikan beberapa cadangan penambahbaikan berkenaan penyelenggaraan dan frasarana sedia ada. Semoga lawatan ini meningkatkan semangat semua pegawai dan kakitangan untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang.Terima kasih Tuan KP.

Lawatan Ketua Pendaftar Ke MRS Jasin Lawatan Ketua Pendaftar Ke MRS Jasin
Lawatan Ketua Pendaftar Ke MRS Jasin Lawatan Ketua Pendaftar Ke MRS Jasin
FaLang translation system by Faboba