Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 Dan Taklimat Skim Darul Jenazah Oleh Bumijez Sdn Bhd

4 Disember 2020 | 18 Rabiulakhir 1442H (Selasa) - Pihak Bumijez Sdn Bhd telah mengadakan program taklimat pengurusan jenazah jangkitan Covid-19 dan taklimat skim Darul Jenazah khas untuk warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) bertempat di Dewan Banquet, MSNM. Program turut dihadiri oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM, Hakim-hakim Kanan,Pegawai-pegawai dan kakitangan MSNM manakala daripada Bumijez Sdn Bhd dihadiri sendiri oleh Dato Mustafa Kamal bin Said, Ketua Pegawai Pemasaran Bumijez Sdn Bhd, Ustaz Haji Mohd Zainal bin Khamis,Pengerusi Eksekutif Bumijez Sdn Bhd serta beberapa orang wakil yang lain.
Taklimat diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai cara pengurusan jenazah jangkitan Covid-19 dalam keadaan negara dilanda wabak virus tersebut. Selain itu, untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada warga MSNM mengenai perkhidmatan skim Darul Jenazah yang ditawarkan oleh Bumijez Sdn Bhd iaitu pengendalian pengurusan jenazah lengkap 24 jam.
Program ini telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Adzri Bin Mohd Adnan, Penolong Pegawai Syariah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK )dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abdul Karim Bin Ibrhim, Pembantu Syariah Unit Rekod. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar MSNM.
Seterusnya taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Bumijez Sdn Bhd berkaitan pengurusan jenazah jangkitan Covid-19 dan skim Darul Jenazah.
Program berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada MSNM kepada penceramah dan sesi fotografi.

 

Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd
 Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd  Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd  Taklimat Pengurusan Jenazah Jangkitan Covid-19 dan Skim Darul Jenazah Bumijez Sdn Bhd
FaLang translation system by Faboba