Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Syariah Negeri Melaka mula beroperasi pada 4 Mei 2020

Untuk makluman, Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah dibenarkan beroperasi oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mendengar kes-kes yang mendesak hanya dua (2) hari seminggu. Penentuan kes yang mendesak akan ditentukan oleh MSNM. Walaubagaimanapun setiap hari Isnin sehingga Khamis pelanggan masih boleh menghubungi MSNM bagi tujuan permohonan dan juga pertanyaan dalam waktu bekerja sahaja.

Waktu Operasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei 2020 adalah seperti berikut :-

Berkuatkuasa Mulai: 04 Mei 2020
Hari Pendengaran : Selasa dan Khamis
Waktu Operasi: 9.00 pg hingga 12.00 tgh

Mana - mana individu adalah tidak dibenarkan hadir ke Mahkamah Syariah melainkan telah diberi kebenaran untuk hadir bagi tujuan pendaftaran atau perbicaraan. Sehubungan itu, individu yang berhasrat untuk berurusan dengan MSNM adalah dinasihatkan untuk menghubungi pegawai yang disenaraikan terlebih dahulu dan merujuk kepada GARIS PANDUAN MSNM - PERBICARAAN SEMASA DALAM TEMPOH PKP sebelum memulakan sebarang urusan.

Harap Maklum

** Sila muat turun <<< GARIS PANDUAN MSNM - PERBICARAAN SEMASA DALAM TEMPOH PKP >>>>

FaLang translation system by Faboba