Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

PERUTUSAN YAA DATUK KETUA HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AIDILFITRI 1441H / 2020

 


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


PERTAMA-TAMANYA MARILAH KITA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA TELAH MEMBERI RAHMAT KESIHATAN UNTUK KITA MERASAI NIKMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN SEPERTI MANA YANG TELAH DISYARIATKAN OLEH AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

HARI RAYA AIDILFITRI DISAMBUT SEBAGAI KEMENANGAN, BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN IBADAT PUASA RAMADHAN DENGAN SEMPURNA. KEMENANGAN INI BUKAN SAHAJA MENANG KERANA BERJAYA MENGAWAL NAFSU MAKAN DAN MINUM SELAMA SEBULAN PADA SIANG HARI RAMADHAN, TETAPI KEMENANGAN, MENGHALANG DIRI DARIPADA MELAKUKAN APA JUA PERKARA YANG DILARANG.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN INI ADALAH DALAM SUASANA YANG AGAK BERBEZA DARI NORMA DAN KELAZIMAN-NYA. KETIKA INI; NEGARA KITA MASIH LAGI DALAM USAHA MEMERANGI PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19. KITA MASIH BERADA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) SEHINGGA 9 JUN 2020.

INGIN SAYA BERPESAN BUAT WARGA KERJA MSNM,

KALAU PEGI BELI BARANG-BARANG TERUSLAH BALIK KE RUMAH, TAK PERLULAH MERAYAU ATAU MEREWANG ATAU MEREWANG KE TEMPAT LAIN, SUDAH RAMAI DI KALANGAN MASYARAKAT KITA, DI NEGERI MELAKA KHUSUSNYA YANG TERPAKSA DIKUARANTIN AKIBAT DIDAPATI POSITIF COVID-19. PERKARA INI BUKANLAH MAIN-MAIN DAN HENDAKLAH DITANGANI OLEH KITA SECARA SERIUS.

BAGI YANG DIPERANTAUAN PULA, TRADISI BALIK KAMPUNG UNTUK MENYAMBUT AIDILFITRI SETIAP TAHUN TIDAK DAPAT DITERUSKAN TAHUN INI. KITA TIDAK DIBENARKAN PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERHARI RAYA. LARANGAN MERENTAS NEGERI INI BUKANLAH UNTUK MENYUSAHKAN KITA TAPI UNTUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEMUA. PATUHI SOP DAN PERATURAN DEMI KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA.

KEHIDUPAN SEHARIAN KITA TIDAK LAGI SAMA SEPERTI SEBELUM INI. INI HAKIKAT YANG KITA SEMUA PERLU TERIMA. KITA SEDANG BERHADAPAN MUSUH SENYAP DAN TIDAK KELIHATAN. INI ADALAH REALITI KEHIDUPAN YANG KITA PERLU TEMPUHI SEKARANG.

PADA KESEMPATAN INI JUGA, SAYA DENGAN PENUH RASA TAWADUK, MENYUSUN JARI NAN SEPULUH MEMOHON AMPUN KEMAAFAN ZAHIR DAN BATIN BAGI PIHAK DIRI, ISTERI SERTA SEISI KELUARGA SAYA ATAS SEGALA KESALAHAN DAN APA JUA KEKHILAFAN. MARILAH KITA RAPATKAN SAF UNTUK SAMA-SAMA BERGERAK KE HADAPAN DENGAN SEMANGAT ESPRIT DE CORPS YANG KUKUH.

AKHIR KALAM, SAYA BERDOA SEMOGA ALLAH SWT MENGURNIAKAN KESEJAHTERAAN KE ATAS SELURUH WARGA MSNM SERTA UMAT ISLAM UNTUK MENYAMBUT PERAYAAN INI DENGAN PENUH RASA KEGEMBIRAAN BERSAMA-SAMA KELUARGA. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ

الْحَمْدُ وَللهِ أَكْبَرُ اللهُ

SEKIAN,

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.

SYARIAH ASAS KEADILAN

YAA DATUK MOHD NADZRI BIN ABDUL RAHMAN
KETUA HAKIM SYARIE
MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

FaLang translation system by Faboba