Bahagian Pentadbiran, Kewangan & Aset
-----------------------------------------------------
Objektif
1.Mewujudkan Perancangan dan Bilangan Anggota Perkhidmatan Optima ;
2.Menentukan Urusan Perkhidmatan Kakitangan dilaksanakan dengan cekap ;
3.Mengadakan dan menyelaras latihan kakitangan dengan lebih sistematik dan terancang ;
4.Mewujudkan kakitangan yang produktif, cekap dan cemerlang.
Fungsi
Memberi Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia yang professional melalui anggota yang cekap serta sistem pengurusan yang terkini.
Aktiviti Utama
1.Merancang tenaga manusia dan pembangunan organisasi ;
2.Urusan perkhidmatan kakitangan ;
3.Pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kursus ;
4.Pengurusan Prestasi, Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib.
BAHAGIAN PENTADBIRAN
-------------------------------
Objektif
1.Mewujudkan jentera Pentadbiran yang cekap, berilmu, berdaya saing, dedikasi dan berkomitmen tinggi ;
2.Melaksanakan keceriaan persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusif ; dan
3.Menerapkan dan mempertingkatkan budaya bersukan, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja serta ukhuwah pegawai dan kakitangan.
Fungsi
1.Pelaksana jentera Pentadbiran di Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
2.Pelaksana pengurusan Aset Jabatan.
3.Pelaksana prosedur dan peraturan-peraturan pentadbiran jabatan.
Aktiviti Utama
Melaksanakan aktiviti utama pentadbiran jabatan yang meliputi pengurusan Aset, pengurusan Stor, perolehan dan pelupusan di samping aspek keceriaan, kebersihan dan keselamatan jabatan.