Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Manual Pengguna Sistem Pertanyaan Atas Talian (Online Enquiries)

PENGENALAN

Sistem Pertanyaan Atas Talian (Online Enquries) ini disediakan kepada orang awam yang mempunyai masalah untuk membuat sebarang pertanyaan berkaitan pentadbiran, perundangan dan kehakiman syariah secara terus kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Terdapat dua versi yang disediakan iaitu versi bahasa melayu dan versi bahasa inggeris.

Manual pengguna ini menggunakan paparan (antaramuka) dan keterangan dalam versi bahasa melayu.

Manual Pengguna ini terdiri daripada :

1) Keterangan antaramuka
2) Panduan menghantar pertanyaan atas talian


 MANUAL PENGGUNA SISTEM PERTANYAAN ATAS TALIAN


 

1. ANTARAMUKA PENGGUNA (User Interface)

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 

 a) Ruangan ini menerangkan fungsi pertanyaan atas talian :

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 

 b) Ruangan berikutnya menyenaraikan pertanyaan atas talian yang telah dihantar oleh orang awam dan jawapan (sekiranya telah dijawab oleh panel pertanyaan). Hanya pertanyaan yang telah disahkan oleh admin sahaja yang akan dipaparkan :

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 c) Berikut merupakan ruangan pertanyaan. Pelawat dibenarkan menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan seperti makluman diatas :

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 

2. PANDUAN UNTUK MENGHANTAR PERTANYAAN ATAS TALIAN

 1) Sila klik Tambah Soalan untuk membuat pertanyaan :

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 

 

2) Ruangan di bawah akan dipaparkan dan pengguna boleh memasukkan soalan di dalam ruangan tersebut :

 

Sila masukkan maklumat dan pertanyaan di ruangan yang disediakan.

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 
 

 3) Kemudian sila klik butang Hantar

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 4) Sekiranya soalan berjaya dihantar, mesej berikut akan dipaparkan.

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 
 

 5) Sekiranya maklumat pertanyaan tidak diisi paparan mesej berikut akan dipaparkan :

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 

 6) Orang awam juga harus memasukkan kod anti spam terlebih dahulu sebelum klik butang Hantar. Sekiranya tiada kemasukan bagi kod anti spam. Mesej di bawah akan dipaparkan :

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej

 

 7) Sekiranya gagal memasukkan kod anti spam yang sepatutnya berdasarkan paparan di antaramuka, mesej berikut akan dipaparkan :

 

Manual Pengguna Pertanyaan Atas Talian Imej
 

  Terima kasih kerana merujuk Manual Pengguna Sistem Pertanyaan Atas Talian Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Bantuan RSS

Apa itu RSS?  

RSS atau "RDF Site Summary" adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

 

Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke komputer anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/


 

RSS di Portal Rasmi MSNM

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna portal rasmi MSNM mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Melalui kemudahan aplikasi ini, MSNM dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal Rasmi MSNM dengan lebih pantas dan berkesan.

 

 

Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak.
2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam).
3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai MSNM dengan lebih cepat dan berkesan.
4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

 


Langkah-langkah instalasi RssReader

Langkah 1:

  • Muat turun instalasi Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
  • Cara yang paling mudah adalah dengan Windows Update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1.



Langkah 2:

  • Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut:

       rssreader.zip atau rssreader.exe


Langkah 3:

  • Instalasi RssReader.
  • Jika anda muat turun versi .zip nyah-mampat fail tersebut terlebih dahulu dan jalankan setup.exe.
  • Terus jalankan jika anda muat turun versi .exe.



Langkah 4:

  • Sila lihat imej ini RSS Icon  di dalam Portal Rasmi MSNM.
  • Letakkan tetikus di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Jalankan RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.


    Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/

 

Bantuan Bagi Pengguna OKU

Pengguna Cacat Penglihatan

 

  • Dapatkan IE Page Reader di sini.  
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah suara seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

 

Kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) /Disability Access

 

  • Site Tools Klik imej ini pada bahagian atas penjuru kanan halaman utama untuk mengakses kemudahan capaian OKU

 

  •  Colour Switcher Pilihan warna asas portal

 

  • Font Resizer Pilihan saiz teks

 

  • Fungsi Penterjemahan Bahasa
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Lain (menggunakan kemudahan Google Translator)

 

Bantuan Penggunaan Perisian memindahkan Teks ke format Audio

 

Langkah 1: Pilih teks yang ingin didengar

Text to Audio

 

Langkah 2: Klik ikon audio

Text to Audio Icon

 

Langkah 3: Perisian aplikasi akan memproses teks kepada format audio

Text to Audio Window

 

Langkah 4: Audio boleh didengari oleh pengguna. Proses selesai.

Text to Audio Window 2

Mobile Web

ffMobile Web

 

Portal Rasmi Mahkamah Syariah Negeri Melaka Versi Mobile

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Mahkamah Syariah Negeri Melaka versi mobile (mudah alih) menerusi telefon bimbit atau PDA melalui URL http://mobile.mahsyariahmelaka.gov.my

Kandungan dan maklumat di dalam Mobile Portal Mahkamah Syariah Negeri Melaka ini akan dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa.

Mobile Portal Mahkamah Syariah Negeri Melaka disediakan bagi tujuan berikut :

  • Membolehkan Portal Rasmi Mahkamah Syariah Negeri Melaka diakses di telefon bimbit, PDA, iphone dan lain-lain (PDA-Compatible service).
  • Sebagai kemudahan bagi "Disability Features" yang mana akan menghadkan paparan portal, maklumat boleh diakses dengan saiz yang lebih kecil dan padat.

 

Bantuan Bahasa Lain

 

PENAFIAN:

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

FaLang translation system by Faboba