Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019

3 November 2019 | 6 Rabiulawal 1441H (Ahad) - Hakim Syarie dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah selesai bermuzakarah di Hotel Royal, Pulau Pinang pada tengah hari ini. Sebanyak 14 Kertas Konsep telah dibentangkan sepanjang sesi muzakarah berlangsung dan fokus perbincangan adalah berkaitan isu-isu semasa dalam pengurusan perundangan syariah dan Hukum Syarak. Muzakarah telah berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam bermula pada 1 November 2019 yang melibatkan seramai 26 orang peserta termasuk urusetia.

Muzakarah kali ini telah dipengerusikan oleh YA Tuan Mohammad Khalid bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, mewakili YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie yang sedang menjalani kursus wajib perkhidmatan. Turut hadir Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz selaku Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Hakim-hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai dari Unit Dasar & Penyelidikan, Unit Sulh, Unit Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Unit ICT dan barisan urusetia.

Pelaksanaan Muzakarah Hakim Syarie kali ini telah dibuat sedikit penambahbaikan, yang mana isu-isu yang dibangkitkan kepada urusetia muzakarah telah diperbincangkan lebih awal dalam Mesyuarat Pra Muzakarah, yang diadakan dalam beberapa siri pertemuan sebelum muzakarah sebenar berlangsung.
Dengan berkonsepkan perbincangan secara santai, semua kertas konsep yang dibentangkan berjaya mencapai persetujuan dan dijadikan alternatif jalan penyelesaian beberapa permasalahan yang berlaku di peringkat Pendaftaran dan Pengurusan Kes di hadapan Pendaftar, penyelesaian masalah semasa perbicaraan dan pasca perbicaraan. Butiran keputusan muzakarah direkodkan dalam bentuk resolusi bagi tujuan penyelarasan kerja Mahkamah.
Majlis penutupan muzakarah telah dibuat secara ringkas, dimulakan dengan ucapan penangguhan muzakarah yang disempurnakan oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Selanjutnya majlis ditutup dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah dan penyampaian sijil kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat.

Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019
Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019
Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019 Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.4/2019

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang

3 November 2019 | 6 Rabiulawal 1441H (Ahad) -  Delegasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah membuat kunjungan balas ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) pada 1 November 2019 bersamaan hari Jumaat, sebagai tanda penghargaan atas kunjungan JKSNPP ke MSNM pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Selain itu, kunjungan itu diadakan bertujuan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JKSNPP disamping memperkukuhkan tali silaturrahim antara dua buah Mahkamah Syariah.

Ketibaan delegasi MSNM yang diketuai oleh YA Tuan Mohammad Khalid Bin Shaee@Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka telah disambut baik oleh YAA Dato’ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, YA Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Pendaftar serta barisan pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

Program lawatan sehari itu dimulakan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh tuan rumah di kafeteria sekitar jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan sesi taklimat bermula jam 9.15 pagi di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6. Selanjutnya, delegasi MSNM telah dibawa melawat ke zon EKSA di sana iaitu Zon Georgetown dan Zon Batu Gantung dan sesi lawatan ditutup dengan jamuan makan tengah hari sekitar jam 12.00 tengah hari.

Pada 2 November 2019, jam 8.00 malam, bertempat di Pusat Boling Sunshine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KKSR MSNM) dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan JKSN Pulau Pinang (BAKEEP) telah berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan boling sebagai persediaan menghadapi Sukan Mahkamah Syariah Kali ke-5 (SMS-5) akan datang. Sebanyak 4 kumpulan telah bertanding dan MSNM telah berjaya menduduki Naib Johan dalam perlawanan tersebut.

Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang
Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang
Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang Kunjungan Balas MSNM Ke JKSN Pulau Pinang

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman

Kejayaan Kumpulan Aura Kesidang di APIC 2019

5-7 November 2019 | 8-10 Rabiulawal 1441H - Kumpulan Aura Kesidang telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019) anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Kumpulan Aura Kesidang yang dianggotai oleh Pn Aisah binti Saleh, Pn Norazita binti Mohd Ali, Pn SIti Aishah binti Kamarudin dan Tn Mohd Muzzammil bin Aziz. Fasililator kumpulan ini adalah Tn Abu Suffian bin Abu Yaziz. Pada edisi APIC tahun 2019 ini, terdapat 300 kumpulan daripada 126 organisasi awam dan swasta mempertandingkan projek masing-masing. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan doa daripada pengurusan tertinggi dan seluruh warga MSNM, Kumpulan Aura Kesidang mendapat 5 Bintang di dalam APIC 2019 dan seterusnya di tempatkan diantara 20 kumpulan terbaik dalam Kategori Perkhidmatan Awam (Negeri).

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019)
Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019) Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2019)

Disediakan Oleh: Norazita Binti Mohd Ali

Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api di Kompleks MSNM

25 Oktober 2019|25 Safar 1441H (Jumaat) - Jawatankuasa Emergency Response Team Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Air Keroh, Melaka. Aktiviti ini diadakan bagi memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Bangunan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Latihan dimulakan dengan deringan loceng kebakaran yang dibunyikan bagi menunjukkan isyarat kecemasan supaya semua warga kerja mahkamah bergegas berkumpul di dataran parkir meninggalkan kawasan pejabat. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 4 minit untuk mengosongkan bangunan melalui pintu dan tangga kecemasan.

Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada seluruh warga kerja Mahkamah tentang bahaya kebakaran di samping mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain daripada itu, warga kerja Mahkamah juga khususnya pegawai dan kakitangan diberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api yang disediakan di dalam Mahkamah.

Adalah diharapkan melalui aktiviti ini, semua warga kerja Mahkamah akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan lebih menghargai kemudahan-kemudahan seperti alat pemadam api yang disediakan oleh pihak jabatan.

Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api
Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Api

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim

Majlis Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM oleh Ketua Hakim Syarie

25 Oktober 2019|25 Safar 1441H (Jumaat) - MSNM telah melancarkan Jom X Break iaitu senaman regangan di tempat kerja dan waktu kerja secara ringkas. Senaman ini bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dan memberi relaksasi kepada otot. Semua warga MSNM yang juga melibatkan warga kerja dari MRS Alor Gajah dan MRS Jasin turut terlibat sama-sama menyertai pelancaran program ini yang di lancarkan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abd Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM. 

Senaman X Break ini boleh menjadikan warga penjawat awam khususnya di MSNM akan lebih segar, cergas, bertenaga dan fokus untuk bekerja. Senaman ini akan dilaksanakan secara dua kali sehari iaitu 15 minit pada sebelah pagi dan 15 minit pada petang setiap hari. YAA Ketua Hakim Syarie semasa ucapannya menyarankan semua warga MSNM supaya terus komited melaksanakan senaman supaya badan sentiasa sihat, cergas dan cerdas dalam melaksanakan tugas sesuai dengan pepatah arab Al aqlu Salim fi jismi salim dan menjadikan YAB Perdana Menteri sbg contoh dan ikutan yang baik dalam mengekalkan kesihatan beliau.

SenamanXBreak 1 Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM
SenamanXBreak 4 Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM SenamanXBreak 6
Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM SenamanXBreak 8 Pelancaran Senaman Ringan XBreak MSNM

Disediakan Oleh: Abu Suffian Bin Abu Yaziz

FaLang translation system by Faboba